Pengiktirafan Rasammah Bhupalan

Bhupalan merupakan seorang guru di Methodist Boys School Kuala Lumpur (MBSSKL) dari tahun 1959 hingga 1964 serta merupakan pengetua Methodist Girls School Kuala Lumpur (MGSKL) selama 14 tahun dari 1969 sehingga dia bersara pada tahun 1982. Pada 11 November 2007, Pn. Bhupalan menjadi antara beberapa guru veteran yang diberi penghormatan pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun ke-110 MBSSKL. Majlis makan malam itu dianjurkan khas bagi menghormati semua bekas guru dan guru semasa sekolah itu.

Pada 21 November 2006, sebuah buku bertajuk Footprints on The Sands of Time, Rasammah Bhupalan: A Life of Purpose yang telah dikarang oleh Profesor Madya Dr Aruna Gopinath dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Datuk Dr Rais Yatim .

Sebuah biografi yang diterbitkan dengan sokongan Arkib Negara, kementerian dan NCWO, adalah mengenai kehidupan Rasammah yang dilihat dalam konteks sejarah.

Berkaitan